Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Politik Di Negeri Tidak Jejaskan Kestabilan Kerajaan Persekutuan - Ahmad Zahid
PUTRAJAYA, 6 Ogos (Bernama) -- Persaingan politik di negeri-negeri tidak akan menjejaskan kestabilan di peringkat Persekutuan kerana Kerajaan Perpaduan dibentuk berasaskan persefahaman dan perjanjian yang akan terus kekal sehingga Parlimen dibubarkan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkembangan politik susulan pilihan raya negeri, termasuk di Johor dan Negeri Sembilan, tidak akan mengubah hala tuju pentadbiran Kerajaan MADANI mahupun menjejaskan pelaksanaan dasar, program dan projek kerajaan yang dirancang.
"Jadi, selagi tiada pembubaran berlaku, Kerajaan Persekutuan akan terus berfungsi, pentadbiran akan diteruskan dan setiap amanah kepada rakyat akan dilaksanakan seperti biasa,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata kerjasama dalam kerajaan tidak bermakna parti perlu kehilangan identiti atau prinsip politik masing-masing.
Beliau berkata konsep kerajaan gabungan membentuk kepimpinan negara di Putrajaya dapat difahami menerusi autonomi politik dalam kerajaan gabungan, yang memberi ruang kepada setiap parti menentukan strategi politik sendiri selagi komitmen terhadap perjanjian pembentukan kerajaan terus dipatuhi.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan