Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pertukaran Waktu Peperiksaan SPM Sesi Petang Mulai 1 Mac

Gambar: Bernama

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) — Waktu mula peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 sesi petang dipinda dari pukul 2 petang kepada 2.15 petang, berkuat kuasa mulai 1 Mac hingga tamat peperiksaan itu pada 25 Mac.

Iklan

Dengan pindaan itu, waktu tamat peperiksaan juga akan dilanjutkan selama 15 minit.

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM) dalam satu kenyataan menyatakan, pindaan itu bertujuan untuk memberi ruang dan keselesaan kepada calon untuk berehat, makan dan menunaikan sembahyang, sementara menunggu waktu mula peperiksaan bagi sesi tersebut.

“Sehubungan itu, LPKPM memohon kerjasama semua pihak yang terlibat dengan SPM 2020 termasuk calon, ibu bapa, petugas peperiksaan, pihak sekolah, pejabat pendidikan daerah (PPD) serta jabatan pendidikan negeri (JPN), mengambil perhatian dan tindakan berkaitan,” katanya.

Pindaan itu dibuat demi kepentingan dan kebajikan calon untuk memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Sumber: BERNAMA