Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Pertumbuhan Kukuh Dua Digit Bagi Perdagangan, Eksport Dan Import Pada Ogos 2024

Nurul Naqiyah
eksport dan import pada ogos 2024
Sumber : BERNAMA

Pertumbuhan Kukuh Dua Digit Bagi Perdagangan, Eksport Dan Import Pada Ogos 2024

Pada Ogos 2024, perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi memberangsangkan dan terus merekodkan trajektori peningkatan dengan perdagangan, eksport dan import mencatatkan pertumbuhan kukuh dua digit. Perdagangan meningkat 18.6% tahun ke tahun, kadar terpantas dalam tempoh 22 bulan mencecah nilai RM252.65 bilion.

Eksport mengekalkan momentum pertumbuhan bagi lima bulan berturut-turut, naik 12.1% kepada RM129.16 bilion dan import mengembang sebanyak 26.2% kepada RM123.49 bilion, menghasilkan lebihan dagangan yang ke-52 bulan berturut-turut sejak Mei 2020.

eksport dan import pada ogos 2024

Pertumbuhan eksport pada Ogos 2024 telah dipacu terutamanya oleh peningkatan permintaan bagi barangan elektrik dan elektronik (E&E), minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit, jentera, kelengkapan dan peralatan serta barangan optik dan saintifik. Selain daripada itu, eksport barangan perkilangan mencatatkan pertumbuhan ketara dua digit.

Dari segi pasaran, eksport ke rakan dagang utama iaitu ASEAN, China, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Taiwan merekodkan pertumbuhan. Eksport ke AS melonjak kepada nilai tertinggi baharu, disumbangkan terutamanya oleh peningkatan permintaan bagi barangan E&E khasnya peranti semikonduktor dan litar bersepadu elektronik (ICs).

World Semiconductor Trade Statistics (WSTS) Embargo sehingga jam 1200, Khamis, 19 September 2024 mengunjurkan jualan semikonduktor global akan meningkat sebanyak 16% pada tahun 2024 disokong oleh prestasi pasaran pengkomputeran pengguna akhir yang lebih kukuh.

Bagi tempoh lapan bulan pertama tahun 2024, perdagangan mencatatkan jumlah tertinggi bagi tempoh Januari hingga Ogos setakat ini, meningkat 10.9% kepada RM1.905 trilion berbanding tempoh yang sama tahun 2023. Eksport naik 6% kepada RM991.36 bilion dan import mengembang sebanyak 16.8% kepada RM913.18 bilion, menghasilkan lebihan dagangan bernilai RM78.17 bilion.

eksport dan import pada ogos 2024

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) global sebanyak 3.2% pada tahun 2024, pada masa yang sama menekankan mengenai risiko inflasi yang mungkin berlaku dan ketegangan perdagangan yang berterusan.

Bagi Malaysia, IMF menganggarkan pertumbuhan KDNK sebanyak 4.4% pada tahun 2024, menggambarkan prospek ekonomi yang stabil. Ini adalah dilihat konsisten dengan pertumbuhan KDNK negara sebanyak 5.1% pada separuh tahun pertama (1H) 2024 yang melebihi pertumbuhan 4.1% dicatatkan pada 1H 2023.

Di sebalik perkembangan positif ini, MITI dan agensinya akan terus memberikan perhatian untuk menangani sebarang cabaran atau gangguan global yang berkemungkinan akan berlaku agar Malaysia dapat mengekalkan momentum ekonominya.

Butiran lanjut mengenai Prestasi Perdagangan Malaysia bulan Ogos 2024 dan Januari hingga Ogos 2024 boleh didapati di Lampiran di bawah, yang perlu dibaca bersama dengan Nota yang mengiringi laporan ini.