Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Peruntukan Penyelenggaraan Semua Jenis Sekolah Naik 50 Peratus Kepada RM1.5 Bilion Tahun Depan - PM

PERUNTUKAN
Kredit: Bernama

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan penyelenggaraan bagi semua jenis sekolah akan ditingkatkan sebanyak 50 peratus tahun depan, daripada RM1 bilion kepada RM1.5 bilion.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, tambahan peruntukan itu melibatkan semua aliran sekolah dengan keutamaan diberikan kepada Sekolah Kebangsaan (SK).

Gambar : Facebook PM Anwar

Katanya, peruntukan berkenaan turut merangkumi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, sekolah agama, tahfiz, pondok serta pendidikan khas.

“Semua akan dijamin untuk diberikan peruntukan tambahan. Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengatur gerak kerja turun ke setiap daerah dan meneliti setiap permohonan, pembaikan prasarana mulai bulan depan.

“Kita tidak mahu tertangguh sehingga tahun depan,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Beliau berkata, langkah itu membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan prasarana sekolah dimulakan lebih awal tanpa perlu menunggu sehingga tahun depan.

Intipati
  • Peruntukan penyelenggaraan semua jenis sekolah akan meningkat daripada RM1 bilion kepada RM1.5 bilion.
  • Anwar berkata tambahan itu meliputi semua aliran, dengan keutamaan kepada Sekolah Kebangsaan.
  • KPM akan turun ke daerah mulai bulan depan untuk meneliti permohonan pembaikan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan