Putrajaya, 28 Mei- Pesakit COVID-19 yang sudah 14 hari menerima rawatan akan dibenarkan pulang walau masih positif virus berkenaan, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan semalam.
Tambah KKM, Malaysia akan menggunakan protokol baru ini berikutan kebolehjangkitan yang sifar bagi pesakit yang dirawat selepas 14 hari.
Malaysia mempunyai 7,619 kes positif COVID-19 dengan 115 kematian setakat 27 Mei.
Sementara itu, 6,083 pesakit disahkan sembuh, mewakili 79.84 peratus kadar kesembuhan dari keseluruhan kes.
Sumber: Kementerian Kesihatan