Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pesawat Ringan Mendarat Cemas Di Taiping Berdaftar Di Bawah MSAF

Azizah Najib
pesawat mendarat cemas taiping
Kredit: Bernama

Pesawat Ringan Mendarat Cemas Di Taiping Berdaftar Di Bawah MSAF

TAPAH, 9 Disember (Bernama) — Pesawat ringan jenis Microlight yang mendarat cemas di kawasan lapang berhampiran Lapangan Terbang Tekah di Taiping merupakan pesawat yang berdaftar di bawah Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF).

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata semakan turut mendapati juruterbang dan pelatih yang terlibat dalam insiden itu juga berdaftar di bawah persekutuan berkenaan.

“Kejadian tersebut telah dilaporkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan siasatan lanjut akan dijalankan oleh CAAM berkaitan insiden berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di Kompleks Perumahan IPD Tapah di sini hari ini.

Pada majlis itu, Supt Abdul Malik Hasim menggantikan Johari yang bertukar ke IPD Nilai sebagai Ketua Polis Daerah baharu.

Semalam, Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail dilaporkan berkata pihaknya dimaklumkan kejadian pada 10.30 pagi Ahad lepas melalui sistem NG MERS 999.

Beliau berkata juruterbang berusia 46 tahun dan pelatih berusia 40 tahun yang cedera telah dibawa ke Hospital Taiping dan dilaporkan dalam keadaan stabil, sementara pesawat tersebut dikesan melakukan pendaratan cemas akibat kerosakan enjin.

BACA: Video Promosi Pelancongan Singapura, Ini Penjelasan Sofyank

BACA: Lagu BoboiBoy Bergema Di Festival Anime Luar Negara, Pengunjung Pakat Layan Karaoke

Sumber: Bernama