Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Petronas Komited Bantu Sarawak Jadi Pemain Utama Industri Petroleum Negara

Syarikat minyak & gas negara, Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) komited untuk terus menyokong hasrat negeri Sarawak yang mahu menjadi pemain utama dalam industri petroleum di Malaysia.

Memetik laporan berita Bernama, sehingga kini, PETRONAS telah melabur kira-kira RM196 bilion di negeri ini melalui kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) dan sehingga kini sejak tahun 1976, PETRONAS telah membayar RM36 bilion kepada negeri Sarawak.

Selain itu, melalui ekuiti kerajaan negeri di kompleks gas cecair asli (LNG) PETRONAS di Bintulu, negeri berkenaan telah menerima dividen sebanyak RM18 bilion daripada pihak PETRONAS.

Peluang Pekerjaan.

Melalui Jawatankuasa Kerjasama Sarawak, kerajaan negeri dan pihak PETRONAS bekerjasama rapat bagi memastikan rakyat Sarawak dan syarikat tempatan diberi keutamaan dalam peluang kerjaya dan perniagaan dalam aktiviti huluan dan hiliran di rantau ini.

Sehingga kini, PETRONAS telah pun membelanjakan kira-kira RM428 juta dari tahun 2010-2018 untuk program biasiswa dan bantuan kepada lebih 6,000 pelajar daripada Sarawak, manakala 5,000 profesional Sarawak bekerja di operasi PETRONAS, di seluruh dunia.

Pada Mac tahun lalu, kerajaan negeri Sarawak telah menubuhkan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) sekaligus menunjukkan negeri itu bersungguh-sungguh untuk melangkah lebih jauh dalam industri.