Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Petronas Umum Penemuan Gas Di Telaga Carigali Wildcat Nangka 1, Wilayah Baram Sarawak

Gambar via Bernama

Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mengumumkan penemuan gas di kawasan perairan cetek di wilayah Baram, Sarawak, tepatnya di Telaga Carigali Wildcat Nangka 1, lapor Astro Awani.

Menurut Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia, Petronas Mohamed Firouz Asnan, kejayaan penemuan gas itu adalah yang kedua di wilayah Baram tahun ini. Kali ini, Petronas menumukan gas asli tersebut kira-kira 180 kilometer luar pesisir pantai Sarawak.

Awal tahun ini, Petronas mengesahkan penemuan gas daripada penerokaan telaga ‘wildcatDokong 1 di Blok SK417 Kontrak Pengeluaran Bersama (PSC) yang juga terletak di Baram. Penemuan gas di wilayah tersebut sebelumnya dilaporkan kira-kira 90 kilometer di luar pantai Sarawak.

Sumber: Astro Awani