Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Peugeot Motocycles Bawa Masuk 4 Model Sulung Ke Malaysia

PEUGEOT 4 MODEL MALAYSIA

Peugeot Motocycles Bawa Masuk 4 Model Sulung Ke Malaysia

Siapa sangka jenama ikonik dari Perancis, Peugeot Motocycles kini kembali mewarnai jalan raya Malaysia.

Dengan sejarah lebih seabad sejak tahun 1898, jenama ini secara rasmi mendarat di tanah air menerusi kerjasama strategik dengan Aveta International.

Bukan sekadar motosikal biasa, kehadiran Peugeot kali ini membawa falsafah "Allure" yang menggabungkan rekaan elegan Eropah dengan prestasi mantap untuk kegunaan harian.

4 Model 'Gempak' Jadi Pertaruhan

Untuk permulaan, Peugeot tidak tanggung-tanggung apabila memperkenalkan empat model yang pasti membuatkan peminat dua roda tidak tidur lena.

Jom kita tengok barisan 'hero' mereka:

  1. XP400 GT (RM43,990.00)

    • Skuter crossover premium buat mereka yang suka gaya hidup bandar tapi dalam masa sama mahukan pengembaraan ringan. Pertama seumpamanya di Malaysia.

  2. Django Café Racer (RM16,990.00)

    • Gaya retro yang cukup berani dan sporty. Memang 'ngam' untuk pusing bandar hujung minggu.

  3. Django Classic (RM14,990.00)

    • Rekaan malar segar (timeless) yang penuh dengan ciri moden. Klasik tapi canggih.

  4. Speedfight 4+ (RM9,990.00)

Pemasangan Tempatan (CKD) & Servis 'Mobile'

Apa yang lebih menarik, model seperti Django dan Speedfight 4+ akan dipasang secara tempatan (CKD) di bawah inisiatif Eco 5 oleh Aveta.

Ini bukan sahaja menunjukkan komitmen jangka panjang mereka, malah memudahkan urusan alat ganti dan penyelenggaraan pada masa hadapan.

Bagi korang yang risau tentang servis, jangan bimbang,Selain pusat servis bertauliah, mereka turut disokong oleh rangkaian perkhidmatan bergerak "Aveta Care on Wheels". Rosak tepi jalan? Ada yang datang bantu.

Di Mana Nak Tengok Depan Mata?

Peugeot Motocycles Malaysia merancang untuk membuka 10 hingga 15 pengedar eksklusif sepanjang tahun 2026.

  • Pusat Pengalaman Flagship Pertama: Bukit Tambun, Pulau Pinang (Dibuka 9 Mei 2026).

  • Destinasi Seterusnya: Johor Bahru dan Lembah Klang (Dijangka awal Jun 2026).

"Malaysia adalah pasaran strategik buat kami di Asia Tenggara. Kami yakin rekaan Perancis yang unik dan praktikal ini akan memikat hati penunggang di sini," kata Laurent Lilti, CEO Peugeot Motocycle Groupe.

Dengan sasaran jualan lebih 3,000 unit untuk tahun pertama, nampaknya jalan raya kita bakal dihiasi dengan lebih banyak skuter bergaya Eropah selepas ini.

Korang dah sedia nak jadi 'Abang Peugeot'? Tempahan kini sudah mula dibuka.