Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pindaan Umur Kelayakan Pengundi 18 Tahun & Pendaftaran Pemilih Secara Automatik Berkuatkuasa 15 Disember – SPR

Susulan pindaan perlembagaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik yang telah diwartakan semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) melalui kenyataan media hari ini membuat hebahan tarikh penguatkuasaan pindaan berkenaan.

Menurut Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, pindaan di bawah Seksyen 3(a) dan (b) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 itu akan berkuatkuasa mulai 15 Disember 2021, seperti yang diperkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Memetik kenyataan sama, SPR memaklumkan bahawa kedua-dua pindaan peraturan tersebut akan diberntangkan dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat di parlimen dalam masa terdekat.

Sumber: SPR