Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PKP Di Daerah Kapit Dan Song Selama Dua Minggu Mulai Selasa Ini – JPBN Sarawak

Gambar sekadar hiasan - Bernama

KUCHING, 31 Jan (Bernama) — Kapit dan Song akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Selasa ini (2 Feb) selama dua minggu.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, langkah itu dibuat berikutan peningkatan kes COVID-19 di kedua-dua kawasan tersebut sejak beberapa hari lalu.

“PKP bagi daerah Kapit dan Song akan berkuat kuasa pada 12.01 tengah malam 2 Feb hingga 11.59 malam 15 Feb (14 hari),” demikian menurut JPBN.

Sarawak merekodkan satu lagi kematian akibat jangkitan COVID-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negeri itu sebanyak 38 kes.

Selain itu, sebanyak 135 kes positif COVID-19 dikesan di Sarawak hari ini.

— BERNAMA