Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PKPD: Semua Kerja Pembinaan Perlu Dihentikan – Menteri Kerja Raya

Gambar sekadar hiasan - Bernama

Semua kerja pembinaan dan yang berkaitan dengannya di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur perlu dihentikan, menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menurut beliau, ini bermakna surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang telah diterima, tidak boleh digunakan lagi untuk meneruskan kerja pembinaan sepanjang tempoh PKPD.

Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan dan pendawaian kritikal yang dibenarkan beroperasi namun berdasarkan janji temu dan mendapat kebenaran daripada balai polis terdekat.

Maklumat lanjut menyusul.

Sumber: Twitter Fadillah Yusof