Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan akan membawa isu pertikaian tanah melibatkan masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Cot, Maran untuk dibincangkan bersama Kerajaan Negeri Pahang.
Anwar berkata perkara itu akan dibangkitkan kerana isu berkaitan tanah berkenaan berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau memaklumkan telah berhubung menerusi telefon dengan wakil masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Cot yang hadir ke kediamannya petang tadi bagi menyampaikan permasalahan yang dihadapi mereka.
Menurut beliau, antara perkara yang dibangkitkan termasuk pertikaian tanah selain penahanan tiga penduduk Orang Asli dari kampung berkenaan.
"Alhamdulillah, saya dimaklumkan bahawa mereka yang ditahan sebelum ini telah dibebaskan oleh pihak Polis," katanya.
Anwar turut mengingatkan semua pihak supaya tidak memanipulasikan isu berkenaan, sebaliknya memastikan penyelesaian dibuat secara adil dan berhemah mengikut lunas undang-undang.
Beliau berkata sebarang pertikaian perlu ditangani melalui saluran yang betul demi menjaga kepentingan semua pihak yang terlibat.