Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PM Anwar Dijangka Keluar Hospital Hari Ini - Wan Azizah

Keluar hospital hari ini
Kredit: Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menjawab pertanyaan media ketika ditemui selepas menghadiri program Semarak Merdeka Parlimen Bandar Tun Razak sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2026 di pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Cawangan Bandar Tun Razak hari ini. --Foto BERNAMA

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka dibenarkan keluar dari hospital hari ini selepas menjalani rawatan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Isteri Perdana Menteri berkata Anwar merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau.

“PMX menitipkan salam dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan agar beliau diberikan kesihatan dan kembali sihat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dr Wan Azizah, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Semarak Merdeka Parlimen Bandar Tun Razak bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan 2026 di pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Cawangan Bandar Tun Razak di sini.

Pada Isnin, Perdana Menteri dilaporkan selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia) dan berada dalam pemantauan rapi pasukan pakar perubatan.

Sumber:BERNAMA
Intipati
  • Dr Wan Azizah berkata Anwar dijangka dibenarkan keluar hospital hari ini selepas rawatan.
  • Anwar mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraannya.
  • Perdana Menteri menjalani pembedahan laparoskopi elektif pada Isnin bagi merawat hernia perut.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan