Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tinjauan Merdeka Center: PM Anwar Ikrar Kerja Lebih Keras

Tinjauan Merdeka Center: PM Anwar Ikrar
Kredit: Bernama

Tinjauan Merdeka Center: PM Anwar Ikrar Kerja Lebih Keras

DENGKIL, 26 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar akan terus bekerja lebih keras selepas menerima penarafan sebagai pemimpin politik yang meraih sokongan tertinggi dalam tinjauan Merdeka Center.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menzahirkan penghargaan atas penarafan berkenaan, namun menegaskan beliau tidak boleh leka dengan sebarang pengiktirafan yang diterima, sebaliknya mahu terus mempamerkan prestasi terbaik demi masyarakat dan negara.

“Saya (dengar) cerita-cerita begitu, ya Alhamdulillah. Kita sentiasa cuba lakukan sebaiknya, kerja lebih kuat, jangan kadang-kadang terkulai dengan pujian-pujian ini,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jameatus Solehah, Pekan Dengkil di sini hari ini.

Semalam, Merdeka Center melaporkan Anwar terus mendapat penarafan positif apabila mencatat kadar sokongan tertinggi, iaitu 52 peratus berbanding pemimpin politik lain.

Tinjauan dijalankan antara 12 Mac hingga 9 April tahun ini turut mendapati 42 peratus pengundi Malaysia berpendapat negara berada pada landasan betul meskipun berdepan ketidaktentuan antarabangsa yang semakin meningkat serta cabaran ekonomi.

Merdeka Center dalam kenyataan memaklumkan peratusan itu tidak berubah berbanding angka direkodkan pada Disember 2025 dan Februari 2026.