Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

“Penyelesaian ini menjadi realiti dan saya berdoa agar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar dikembalikan semula ke Putrajaya. Anda memang layak,”
Itulah ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh yang menyifatkan Anwar wajar untuk terus menerajui pentadbiran negara bagi penggal kedua, lapor Astro AWANI
Ia selepas beliau berjaya menyelesaikan kemelut penempatan penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara yang berlarutan sejak 44 tahun lalu.
Tambah Hannah, kejayaan penyelesaian isu berkenaan membuktikan pendekatan kerajaan yang menghormati keputusan mahkamah sambil mencari jalan rundingan demi memastikan keadilan kepada semua pihak.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Kekal Rumah Panjang Bukit Kiara, semalam.
Menurutnya, sebanyak 98 keluarga di kawasan berkenaan bakal menerima dua unit rumah secara percuma menerusi projek perumahan baharu yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
Tambah beliau, penduduk akan kekal mendiami rumah panjang sedia ada sepanjang tempoh pembinaan sebelum berpindah ke kediaman baharu setelah siap kelak.
Hannah berkata, pembangunan di kawasan itu juga dihadkan kepada 5.76 ekar sahaja. Manakala baki tanah akan dipulangkan kepada kerajaan untuk diwartakan sebagai kawasan lapang awam.