Utama

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

PM Anwar Luah Kebimbangan Terhadap Ketegangan Memuncak Antara AS Dan Iran
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan kebimbangan mendalam terhadap ketegangan yang semakin memuncak antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.
Perkara itu dimaklumkan beliau menerusi satu muat naik di Facebook rasmi miliknya.
"Saya memandang dengan penuh kebimbangan yang serius terhadap ketegangan yang semakin memuncak antara Amerika Syarikat dan Iran, serta risiko yang kian meningkat bahawa keadaan yang sedia tidak menentu ini boleh terjerumus ke dalam konflik terbuka.
"Penumpuan aset ketenteraan dan retorik awam yang semakin bersifat mutlak telah mengecilkan ruang untuk bertindak secara sederhana, tepat pada saat ia paling diperlukan," katanya dalam kenyataan itu.
Menurut Anwar, sebarang konfrontasi antara Washington dan Tehran akan membawa kesan meluas ke seluruh Timur Tengah yang sememangnya rapuh.
Kesannya, risiko peningkatan konflik melalui proksi, ketidakamanan maritim serta kejutan ekonomi boleh melangkaui jauh kawasan terdekat.
"Tiada kepentingan strategik yang mampu menghalalkan kemusnahan manusia dan material sedemikian.
Sehubungan itu, Malaysia menggesa semua pihak untuk berundur dari ambang konflik dan kembali memberi komitmen terhadap diplomasi dengan kesungguhan serta keutamaan yang tegas termasuk saluran komunikasi mesti dimanfaatkan sepenuhnya.
"Dalam hal ini, kami memuji usaha konstruktif Oman dalam memudah cara dialog dan meredakan ketegangan.
"Kami juga menggesa semua negara yang mempunyai pengaruh agar menggunakan setiap cara yang ada untuk menggalakkan penyaheskalasian dan mengamalkan tahap kawalan diri yang tertinggi demi kepentingan kestabilan serantau dan antarabangsa," katanya lagi.