Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pesawat Smart Air Bawa 15 Penumpang, Kru Terhempas

Iqbal Yasir
Pesawat Smart Air
Kredit: Antara News

Pesawat Smart Air Bawa 15 Penumpang, Kru Terhempas

JAYAPURA -- Sebuah pesawat Smart Air jenis Caravan (PK-SNS) yang dalam perjalanan dari Nabire ke Kaimana, Papua Barat, terhempas di perairan Nabire, tepatnya di kawasan Logpond Kaladiri, pada tengah hari Selasa, lapor ANTARA.

Menurut Kepala Kepolisian Resor (Kapolres) Nabire, AKBP Samuel Tatiratu, pesawat itu membawa 15 penumpang dan kru, kesemuanya selamat tanpa sebarang kecederaan serius dilaporkan.

“Memang benar, pesawat milik Smart Air yang berlepas dari Nabire menuju Kaimana, sekitar pukul 12.45 WIT, terhempas di perairan pantai,” katanya kepada ANTARA.

Sementara itu, pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Menerusi gambar yang dikongsikan, badan pesawat berkenaan kelihatan berada separuh tenggelam dalam air, manakala pasukan penyelamat berada di lokasi kejadian.