Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PM Anwar Ucap Takziah Pemergian ‘Bapa MRSM’

MRSM
Kredit: Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pengasas Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Allahyarham Abdul Wahab Alwi yang meninggal dunia pagi tadi.

Menerusi satu hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat dunia pendidikan negara.

Menurutnya, Allahyarham yang dikenali sebagai ‘Bapa MRSM’ telah memberikan sumbangan besar dalam mencetuskan serta membangunkan gagasan institusi pendidikan berkenaan.

“Sumbangan Allahyarham dalam mencetuskan dan membangunkan gagasan MRSM merupakan satu jasa besar dalam sejarah pendidikan negara, khususnya dalam memperluas peluang pendidikan sains kepada anak-anak bangsa.”

Perdana Menteri berkata, hasil usaha dan sumbangan Abdul Wahab menyaksikan MRSM berkembang sebagai institusi yang melahirkan ramai anak Malaysia berilmu, berkemahiran serta berjaya dalam pelbagai bidang.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosa dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang soleh,” katanya.

Intipati
  • Anwar Ibrahim menzahirkan takziah kepada keluarga Allahyarham Abdul Wahab Alwi yang meninggal dunia.
  • Allahyarham dikenali sebagai ‘Bapa MRSM’ atas peranannya mencetuskan dan membangunkan gagasan MRSM.
  • Anwar berkata sumbangan Abdul Wahab memperluas peluang pendidikan sains kepada anak-anak bangsa.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan