Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PM Anwar Umum ‘Visa Masuk Berganda’ Untuk Pekerja Bangladesh

Hannah
Visa Masuk Berganda Bangladesh
Gambar: Pejabat Perdana Menteri

PM Anwar Umum ‘Visa Masuk Berganda’ Untuk Pekerja Bangladesh

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pengenalan kemudahan Visa Masuk Berganda (Multiple Entry Visa, MEV) kepada pekerja warga Bangladesh sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan mereka dalam pembangunan ekonomi Malaysia.

Menurut beliau, kemudahan ini membolehkan pekerja Bangladesh pulang bertemu keluarga di tanah air tanpa perlu risau kehilangan pekerjaan di Malaysia.

“Itulah sebabnya saya fikir Menteri Dalam Negeri bersama Menteri Sumber Manusia telah bersetuju mengenai kemudahan visa berulang kali ini, supaya pekerja Bangladesh boleh pulang bertemu keluarga dan berasa selamat dengan pekerjaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan selepas mesyuarat dua hala antara beliau dan Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh, Prof Dr Muhammad Yunus.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak turut membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala.

Ini termasuk kerjasama dalam bidang pelaburan, perdagangan, pendidikan, budaya, tenaga, telekomunikasi, industri halal, STEM, penyelidikan serta semikonduktor.

Datuk Seri Anwar turut memaklumkan bahawa isu serantau melibatkan Myanmar turut dibincangkan.

“Menteri Luar akan menyelaras pasukan bersama Indonesia, Filipina dan Thailand bagi melawat negara itu dalam masa terdekat untuk mengusahakan keamanan dan menyelesaikan isu kemanusiaan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Anwar juga merakamkan penghargaan kepada Bangladesh atas peranan mereka dalam menyokong keamanan serantau dan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik di peringkat global.

BACA: Pengarah Pendidikan Negeri, Pegawai PPD Diarah Lakukan Lawatan Mengejut Ke Sekolah

Sumber: Berita RTM