Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PM Bertanggungjawab Ke Atas Semua Jabatan Kerajaan Persekutuan Sehingga Menteri Lain Dilantik

Gambar: BERNAMA

PUTRAJAYA, 5 Mac — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dipertanggungjawabkan terhadap semua jabatan kerajaan Persekutuan dan perkara di bawah tanggungjawab jabatan itu sehingga pelantikan menteri lain dalam jemaah menteri.

Iklan

Perkara itu terkandung dalam Warta Kerajaan Persekutuan, Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 2) 2020, yang disiarkan di laman web Jabatan Peguam Negara.

Menurut warta itu, perintah berkenaan berkuatkuasa mulai 1 Mac, 2020.

Warta itu menyatakan, menurut Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Warta itu turut memaklumkan Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 2020 dibatalkan.

Sumber: BERNAMA