Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PM Lancar Tabung COVID-19 Bantu Rakyat Tak Dapat Bekerja, Terjejas Kerana Kuarantin

Kredit: Bernama

Putrajaya, 11 Mac -Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelancaran Tabung COVID-19 bagi membantu pesakit yang terjejas.

Dana yang dikutip melalui tabung berkenaan bakal disalurkan kepada pesakit yang tidak dapat bekerja kerana dikuarantin.

Turut hadir ke masjlis pelancaran tersebut adalah Menteri Kanan; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Alam Sekitar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Majlis dilancarkan di Bangunan Perdana Putra hari ini.

Setakat ini, seramai 129 pesakit COVID-19 dikesan di Malaysia dengan pertambahan dari hari ke hari akibat penyebaran melalui kontak rapat.

Sumber: Bernama