Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PM Terima Kunjungan Perpisahan Ketua Perangkawan Menjelang Persaraan

PERANGKAWAN
Kredit: Facebook Anwar Ibrahim

PM Terima Kunjungan Perpisahan Ketua Perangkawan Menjelang Persaraan

Menjelang persaraan wajib pada 8 Julai ini, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin mengadakan kunjungan hormat perpisahan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Anwar menzahirkan penghargaan atas segala khidmat bakti serta dedikasi Mohd Uzir sepanjang menerajui institusi statistik negara.

Menurut Perdana Menteri, sumbangan Mohd Uzir amat signifikan dalam memperkukuh sistem statistik negara yang menjadi asas penting dalam penggubalan dasar serta perancangan pembangunan Malaysia.

“Terima kasih atas jasa dan komitmen beliau dalam memastikan data serta statistik negara terus diyakini dan menjadi rujukan utama kerajaan dalam merangka pelbagai dasar,” katanya.

Dalam hantaran sama, Anwar turut berkongsi gambar kunjungan Mohd Uzir yang mula dilantik sebagai Ketua Perangkawan pada 14 Februari 2017.

Mohd Uzir yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Ekonomi dari University of Sheffield, United Kingdom, memulakan kerjaya dalam perkhidmatan perangkaan negara sejak tahun 1990.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau memainkan peranan penting dalam memperkukuh landskap statistik Malaysia sejajar dengan keperluan pembangunan dan perubahan ekonomi semasa.