Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kerajaan Tunisia pada Rabu mengumumkan keenam-enam menteri dari Parti Islam Ennahda (Renaissance) dipecat, lapor agensi berita Xinhua.
Keputusan itu diumum beberapa jam selepas Perdana Menteri Elyes Fakhfakh menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Kais Saied.
Fakhfakh akan memegang jawatan itu sehingga kerajaan baharu dibentuk, menurut kenyataan kerajaan.
Beberapa hari lalu, Ennahda, parti yang mempunyai majoriti di parlimen, membuat keputusan untuk tidak lagi menyokong kerajaan pimpinan Fakhfakh.
Dengan memiliki 54 kerusi parlimen, parti itu baru-baru ini menyuarakan hasrat untuk meminta Fakhfakh berundur, kerana “konflik kepentingan dan penyalahgunaan kuasa.”
Sumber: BERNAMA