Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah yang ke-80.
Menerusi satu hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata beliau mewakili kerajaan serta seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar Sultan Hassanal Bolkiah terus dikurniakan kesejahteraan dan kekal memerintah Brunei Darussalam dengan penuh hikmah serta kebijaksanaan.
"Semoga hubungan dan kerjasama Malaysia dan Negara Brunei Darussalam terus diperkukuh demi manfaat kedua-dua negara serta rakyat keseluruhannya, Insya-Allah," katanya.
Sultan Hassanal Bolkiah diputerakan pada 15 Julai 1946 dan menaiki takhta sebagai Sultan Brunei yang ke-29 pada 1967.
Baginda kini merupakan antara pemerintah monarki paling lama berkhidmat di dunia.