Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Gelagat seorang kanak-kanak yang dipercayai menggunakan telefon bimbit ibunya untuk menghantar mesej kepada Perdana Menteri mencuit hati warga maya, malah membuatkan si ibu tampil memohon maaf secara terbuka di Threads.
Menerusi satu hantaran, pengguna Threads dikenali sebagai @fatyn_zamry berkata, mesej yang dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bukan dilakukan olehnya, sebaliknya oleh anak keduanya yang masih belajar di tabika.
Menerusi tangkapan skrin yang dikongsikan, kanak-kanak itu dipercayai menghantar mesej kepada akaun TikTok rasmi Perdana Menteri dengan permintaan ringkas berbunyi, “Aslam bagi cuti sekolah selamanya”, sekali gus mencuit hati warga maya.
“Assalamualaikum, minta maaf sangat-sangat PMX, anak saya main telefon.
“Dah reti menulis dan membaca, amboi terus memandai-mandai. Dia baru tabika,” katanya.
Dalam hantaran susulan, Fatyn turut menjelaskan individu yang menghantar mesej tersebut ialah anak keduanya.
“Btw ni anak no 2,” ujarnya.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi lucu daripada warga maya yang mengambil kesempatan meninggalkan komen berseloroh.
Akaun @petron_malaysia secara berseloroh berkata, “Tolong tanyakan WFH sekali boleh?”
Seorang lagi pengguna, @aimarfuza, turut bergurau dengan berkata, “Jap acik suruh FIL acik bagi cadangan cuti special.”
Menurut @e1porez86, tindakan kanak-kanak itu dianggap berani kerana terus menghubungi individu paling tinggi dalam pentadbiran negara.
“Request tak lalu middle management, straight to the top. Boleh pergi jauh ni,” katanya.
Sementara itu, @syahidris_ pula berseloroh supaya kanak-kanak berkenaan dihantar mengikuti lebih banyak kelas.
“Bertuah punya anak. Tambahkan kelas tuisyen malam untuk dia puan,” katanya.
Turut mencuit hati, seorang lagi pengguna, @lisaazuan, berkata jika benar kanak-kanak itu boleh berhubung dengan Perdana Menteri, dia berharap dapat membantu menyampaikan permintaannya kepada majikan.
“Kawal sikit anak tu bang. Apa kata suruh anak abang mesej bos saya bagi cuti selamanya bergaji pula,” katanya.
Rata-rata warga maya menganggap insiden itu sebagai gelagat spontan kanak-kanak yang menghiburkan.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan