Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Asalnya Nak Cuba...”, Pempengaruh Akui Buat 'Kesalahan' Ketika Masuk Pasar Siti Khadijah

Pempengaruh Buat Kesalahan
Kredit: ticoeatz

“Asalnya Nak Cuba...”, Pempengaruh Amerika Akui Buat 'Kesalahan' Ketika Masuk Pasar Siti Khadijah

Baru-baru ini, gelagat seorang pempengaruh yang membilas jarinya menggunakan air pada bahagian luar gelas berisi air ais mengundang perhatian ramai di media sosial.

Menerusi satu hantaran di Threads, @ticoeatz telah berkongsi satu video memaparkan dirinya sedang berada di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan.

Menurutnya, dia telah melakukan satu "kesilapan" sebaik tiba di pasar berkenaan kerana dia sudah berjanji untuk hanya mencuba satu jenis hidangan sahaja.

Bagaimanapun, selepas dua jam berada di situ, @ticoeatz telah menikmati lebih dari satu hidangan termasuk mee celup, laksam, aneka kuih tradisional serta pelbagai lagi hidangan tempatan.

"Saya buat satu kesalahan selepas masuk ke Pasar Siti Khadijah... Saya asyik cakap, 'saya nak cuba satu benda je'.

"Dua jam kemudian, saya dah makan mee celup, laksam, macam-macam kuih tempatan dan entah berapa banyak lagi hidangan yang saya sendiri tak dapat kira.

"Tapi yang peliknya, masih banyak makanan yang memanggil-manggil nama saya. Rasanya memang mustahil keluar dari pasar ni dalam keadaan lapar," katanya.

Pempengaruh Akui Buat 'Kesalahan'

@ticoeatz turut berkongsi momen menikmati pelbagai hidangan yang dijual di pasar berkenaan, diiringi dengan rakaman suara latar ketika dia berbual mesra dengan para peniaga.

Dalam rakaman tersebut, @ticoeatz dilihat bertanyakan pelbagai soalan mengenai makanan yang dijual, manakala para peniaga pula dengan ramah dan ceria menerangkan setiap hidangan kepadanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang terhibur apabila lelaki berkenaan membersihkan jarinya menggunakan air yang terbentuk pada bahagian luar gelas berisi air ais.

Seorang pengguna, @deiji_7, turut berseloroh bahawa tabiat tersebut merupakan antara perkara yang paling "Malaysia".

"Kalau cuci tangan mcm gitu makna nya dia dh pro dah tu," tulis deiji_7 pada ruangan komen.

Tidak kurang juga yang berseloroh agar @ticoeatz tidak tinggal terlalu lama di Malaysia kerana bimbang dia akan "terkena penyakit" susulan ketagih pelbagai makanan tempatan.

Melihat pada profil media sosial @ticoeatz, dia kini berada di Kelantan dan sepanjang berada di Malaysia, dia turut mengunjungi beberapa lokasi lain termasuk di Terengganu serta Rembayung, restoran milik pempengaruh dan usahawan tempatan, Khairul Aming.

Intipati
  • @ticoeatz berkongsi video mencuba pelbagai makanan di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu.
  • Dia menikmati mee celup, laksam, kuih tradisional dan beberapa hidangan tempatan lain.
  • Warga maya terhibur melihatnya mencuci jari menggunakan air pada luar gelas berisi ais.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan