Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Siap Ada Yang Tolong Dukung, Orang Ramai Berganding Bahu Bantu Warga Emas Lintas Jalan

Warga Emas India
Kredit: Threads @nfellisa

Siap Ada Yang Tolong Dukung, Orang Ramai Berganding Bahu Bantu Warga Emas Lintas Jalan

Tular di media sosial video memaparkan seorang lelaki Melayu membantu seorang warga emas berbangsa India untuk melintas jalan.

Menerusi satu hantaran di Threads, @nfellisa berkongsi video seorang warga emas cuba melintas jalan dengan bantuan tongkat empat kaki.

Bagaimanapun, warga emas berkenaan kemudian dihampiri beberapa pengguna jalan yang prihatin yang membantunya untuk melintas jalan.

Lebih mengharukan, salah seorang daripadanya membantu dengan mengangkat warga emas berkenaan melintas, manakala tongkatnya pula dibawa oleh seorang wanita yang turut berada bersama mereka.

Dalam masa yang sama, seorang penunggang motosikal turut memberhentikan trafik buat seketika bagi memberi laluan kepada mereka membantu warga emas tersebut dengan selamat.

Momen Menyentuh Hati Warga Emas India Dibantu Lintas Jalan

Walaupun rakaman itu berakhir di situ, momen ringkas tersebut sudah cukup menggambarkan bahawa semangat perpaduan dan sikap saling membantu masih subur dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan individu-individu berkenaan yang telah menghulurkan bantuan dengan tangan terbuka.

Ramai turut menyifatkan insiden itu sebagai bukti bahawa semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia masih kukuh, meskipun media sosial sering dipenuhi dengan isu yang menggambarkan sebaliknya.

Sementara itu, @nfellisa yang memuatnaik video berkenaan turut meluahkan rasa gembira terhadap komen-komen yang ditinggalkan oleh warga maya.

Pada masa yang sama, @nfellisa turut memohon agar orang ramai terus berkongsi video tersebut agar lebih ramai melihat kebaikan tersebut.

"Semalam otw nak amik anak sekolah, dapat tengok moment yang indah. Korang please, bestnye baca all positive comment.

"Please lah share semua kebaikan same-same. Tak dapat reply satu-satu. Tapi i bace semua comment and tak tinggal 1 pon.

"Sebab sangat-sangat menghargai setiap doa & comment yang baik-baik dari semua orang.

"Amin YRA untuk semua doa to abang and kakak yang tolong aunty tu," tulisnya.

Intipati
  • Video tular menunjukkan beberapa individu membantu warga emas India melintas jalan dengan selamat.
  • Seorang lelaki mengangkat warga emas itu, manakala seorang wanita membawa tongkatnya.
  • Penunggang motosikal turut memberhentikan trafik sementara bagi memberi laluan kepada mereka.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan