Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Spider-Man Ada Adik Perempuan? Ini 7 Fakta Menarik Spider-Man Yang Ramai Tak Tahu
Spider-Man: Brand New Day baru sahaja mula ditayangkan di pawagam beberapa hari lepas dan berjaya menerima $927 juta (RM3.79 bilion) di seluruh dunia!
Jadi ini beberapa fun fact tentang Spider-Man berkatian asal-usul, kebolehan dan sejarahnya yang mungkin ramai tak tahu.
Walaupun Spider-Man boleh berayun di sekitar New York menggunakan jaringnya, dia pernah memiliki kenderaan unik bernama Spider-Mobile.
Berbeza dengan Batmobile, kenderaan ini sebenarnya hanyalah gimik promosi untuk Corona Motors. Spider-Man bersetuju untuk guna kenderaan ini selepas ditawarkan bayaran lumayan, tetapi ada satu masalah, dia tidak tahu memandu!
Disebabkan itu, Spider-Mobile rosak teruk dan sejak itu hanya muncul sekali-sekala dalam komik sebagai antara kisah paling pelik Spider-Man.
Spider-Man mungkin tiada kelemahan ikonik seperti Kryptonite milik Superman, tetapi dia sebenarnya mempunyai satu kelemahan yang pelik iaitu ethyl chloride.
Bahan kimia yang sering digunakan dalam racun serangga ini boleh melemahkan Spider-Man apabila terdedah atau terhidu. Kelemahan ini pernah digunakan oleh penjahat Spencer Smythe menerusi robot ciptaannya, Spider-Slayer.
Tapi, idea seorang superhero sehebat Spider-Man boleh ditewaskan dengan racun serangga agak sukar diterima, menyebabkan kelemahan ini semakin jarang digunakan dalam komik moden.
Walaupun Spider-Man lebih dikenali sebagai wira solo, dia sebenarnya pernah bergabung dengan pasukan seperti Avengers, Fantastic Four dan yang paling mengejutkan, X-Men.
Dalam siri mini Spider-Man and the X-Men, Spider-Man berpindah ke Krakoa untuk menjadi kaunselor kepada pelajar di Jean Grey School for Higher Learning.
Menariknya, mengajar bukanlah sesuatu yang asing bagi Spider-Man, menjadikan peranannya sebagai pembimbing generasi baharu superhero satu sisi yang unik dalam kisahnya.
Biasanya, Spider-Man bergantung pada kekuatan luar biasa, ketangkasan dan Spider-Sense ketika bertarung.
Namun, selepas kehilangan Spider-Sense dalam jalan cerita “Spider-Island”, dia memutuskan untuk mempelajari seni mempertahankan diri daripada Shang-Chi, salah seorang pejuang terhebat Marvel.
Daripada latihan tersebut, mereka mencipta gaya pertarungan khas bernama Way of the Spider, atau “Spider-Fu” seperti yang digelar Spider-Man sendiri.
Dengan gabungan kuasa labah-labah, pergerakan akrobatik dan kemahiran bertarung baharu ini, Spider-Man menjadi lawan yang jauh lebih sukar untuk ditewaskan.
Ramai mengenali Peter Parker sebagai remaja nerd yang cuba mengimbangi kehidupan sekolah dan tanggungjawabnya sebagai Spider-Man.
Namun, sepanjang hampir 65 tahun kemunculannya dalam komik, Spider-Man sebenarnya hanya menghabiskan tiga tahun sahaja di sekolah menengah.
Peter Parker tamat dari Midtown High School dalam komik Amazing Spider-Man #28 pada tahun 1965, sebelum menghabiskan 13 tahun sebagai pelajar kolej.
Bagi watak yang sering dianggap sebagai simbol remaja dalam dunia superhero, fakta ini pastinya agak mengejutkan.
Sepanjang sejarah Spider-Man, keluarga Peter Parker biasanya hanyalah Aunt May dan Uncle Ben.
Tapi, komik kemudiannya mendedahkan kisah lebih lanjut tentang ibu bapanya, Richard dan Mary Parker, termasuk pendedahan bahawa mereka merupakan ejen S.H.I.E.L.D.
Lebih mengejutkan, Peter mungkin mempunyai seorang adik perempuan bernama Teresa Parker. Teresa dikatakan diserahkan kepada keluarga angkat ketika bayi sebelum membesar sebagai seorang perisik.
Bagaimanapun, penjahat seperti Chameleon mendakwa bahawa kisah itu hanyalah satu penipuan dan Teresa bukanlah adik kandung Peter.
Sehingga kini, hubungan sebenar antara Teresa dan Spider-Man masih menjadi persoalan yang dibiarkan terbuka dalam komik.
Seperti Peter Parker sendiri, kisah permulaan Spider-Man juga bermula dengan cara yang agak unik.
Selepas kejayaan Fantastic Four, legenda Marvel, Stan Lee, mula mencari idea untuk mencipta seorang lagi superhero.
Suatu hari, seekor lalat yang merayap di dinding memberinya inspirasi untuk menghasilkan watak dengan kebolehan seperti serangga.
Namun, nama Spider-Man hampir tidak wujud apabila beberapa nama lain seperti Fly-Man, Insect-Man dan Mosquito-Man turut dipertimbangkan.
Akhirnya, Stan Lee memilih nama Spider-Man yang kekal menjadi salah satu ikon terbesar Marvel sehingga hari ini.
Sukar dibayangkan jika adiwira ini sebenarnya dikenali sebagai Fly-Man, tetapi itulah antara fakta menarik di sebalik penciptaannya.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan