Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

PN Bertanding 11 Kerusi Pada PRN Negeri Sembilan
SEREMBAN (Bernama) -- Perikatan Nasional (PN) mengumumkan senarai 11 calon mewakili gabungan itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.
Senarai itu merangkumi lima calon daripada PAS, empat daripada Parti Wawasan Negara (Wawasan) dan masing-masing satu daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP). Kesemua calon diumumkan oleh Pengerusi PN Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Majlis Perisytiharan calon PN bagi PRN Negeri Sembilan di Kompleks Pas (Kompas) Kampung Ismail, Ampangan, di sini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon PRN Negeri Sembilan pada Sabtu ini, diikuti pengundian awal pada 28 Julai dan hari pengundian pada 1 Ogos. Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari https://prn.bernama.com/n9.
Senarai calon PN adalah seperti yang berikut:
N04 Klawang: Danni Rais (Wawasan)
N05 Serting: Mohd Fairuz Mohd Isa (PAS)
N11 Lobak: Dr P. Kumar (PAS)
N13 Sikamat: Datuk Razali Abu Samah (Wawasan)
N14 Ampangan: Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek (PAS)
N21 Bukit Kepayang: Lee Boon Shian (Gerakan)
N23 Mambau: Erik Michael (Wawasan)
N25 Paroi: Kamarol Ridzuan Mohd Zain (PAS)
N30 Lukut: Sathes Kumar Nilameham (MIPP)
N31 Bagan Pinang: Abdul Fatah Zakaria (PAS)
N34 Gemas: Ridzuan Ahmad (Wawasan)