Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kanak-Kanak Didera Di Tadika
Gambar: Kosmo

Polis Buka Kertas Siasatan Video Dera Kanak-Kanak

Nurlizah Khazani

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) — Polis membuka kertas siasatan berhubung dua video memaparkan aksi disyaki penderaan kanak-kanak yang tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata kedua-dua video berdurasi lima saat itu memaparkan seorang wanita memukul seorang kanak-kanak menggunakan tangan yang dipercayai berlaku pada Mei lepas.

Beliau berkata video yang dimuat naik di laman Facebook itu jelas menunjukkan kanak-kanak terbabit menangis selepas dipukul dan dipaksa makan sesuatu.

“Dalam kejadian pada 4.56 petang itu, polis menerima aduan daripada seorang wanita warga tempatan berumur 33 tahun menyatakan semasa berada di rumahnya, dia melihat satu video di mana anak lelakinya yang berumur tiga tahun dipukul oleh guru tadika di Kepong.

“Pengadu mengesahkan bahawa kanak-kanak di dalam video berkenaan adalah anak lelakinya,” menurut beliau dalam kenyataan malam ini.

Beh berkata setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat dan kes itu disiasat mengikut Seskyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau menasihati orang ramai yang mengetahui atau mengesyaki mana-mana kanak-kanak dalam bahaya atau berisiko didera dan diabai agar melaporkannya kepada pihak polis dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul 03-4048 2222.

Sumber: BERNAMA

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”