Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Buka Kertas Siasatan Video Tular Treler Bawa Helikopter

treler bawa helikopter
Kredit: TikTok @black.lifestyle2

Polis Buka Kertas Siasatan Video Tular Treler Bawa Helikopter

KUALA LUMPUR, 13 Disember (Bernama) — Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sebuah video tular di media sosial yang memaparkan treler membawa muatan helikopter di jalan awam sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya menerima laporan polis berhubung video itu pada 8.06 malam semalam.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada 4 Disember pada 4.30 petang apabila sebuah treler membawa muatan helikopter tidak dapat melalui susur jalan dari Lebuhraya Shah Alam (Kesas) menghala ke Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya.

“Muatan yang terlalu panjang menyebabkan lori berkenaan tersangkut, sekali gus mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata pergerakan sebuah ambulans turut dilihat terjejas akibat kesesakan berkenaan.

Beliau berkata setakat ini pihak polis masih belum mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan yang terbabit dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Kaedah 9(2) LN 166/59.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Subang Jaya, Insp Mohd Azizul Hakim Roslan di talian 011-289 14495.

Terdahulu, video memaparkan sebuah lori yang membawa muatan helikopter dipercayai tersangkut di susur lebuh raya sehingga menyebabkan kesesakan trafik tular di media sosial dan kejadian itu dirakam oleh orang awam yang berada di kawasan berkenaan.

BACA: Kenapa “Aircond” Kapal Terbang Tutup Ketika Nak Berlepas? Ini Jawapan Juruterbang

BACA: Dr Akmal & Isteri Batal Hasrat Tunai Haji, Salur Simpanan RM120K Untuk Rawatan Adik Medina

Sumber: Bernama