Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan, Dhia Zahraaxavieta Neelopher Harisman, 14, yang dilaporkan hilang selepas disedari tiada di rumah pada kira-kira 10 malam, 2 Ogos lepas
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairul Anuar Khalid berkata remaja terbabit dipercayai kali terakhir berada di Pangsapuri Sri Mayang, Pandan Indah Komersil Park, Ampang, Selangor.
Menurutnya, Dhia Zahraaxavieta Neelopher berketinggian kira-kira 157 sentimeter, berat 40 kilogram, berkulit putih sawo matang, berambut panjang hingga paras separuh badan berwarna perang.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja terbabit diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pusat Kawalan IPD Ampang Jaya di talian 03-42897222 atau Pegawai Penyiasat, Sjn Azamil Makmor di 019-6004104.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan