Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Remaja Hilang Di Sungai Kuantan Ditemukan Lemas

Azizah Najib
Remaja lemas sungai kuantan
Kredit: Bernama

Remaja Hilang Di Sungai Kuantan Ditemukan Lemas

KUANTAN, 9 Julai (Bernama) — Remaja lelaki berusia 15 tahun yang dikhuatiri lemas di Sungai Kuantan semalam ditemukan lemas, tengah hari tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Mohd Adli Mat Daud berkata mayat Mohamad Isyraf Danish Razmi ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 12.40 tengah hari, kira-kira satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan tergelincir.

“Penemuan ini hasil kerjasama erat pelbagai agensi penyelamat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Marin serta bantuan orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses pengecaman dan bedah siasat. Terdahulu, mangsa dikatakan tergelincir ke sungai ketika cuba menarik tali pancing yang tersekat sebelum hilang dari pandangan tiga rakannya.

BACA: Penguatkuasaan OPS KESAN 4.0 Tangani Keuntungan Margin Tidak Munasabah

BACA: Gabenor Indonesia Tampil Beri Penjelasan, Dakwaan Tradisi Lebih 100 Tahun Di “Claim” Malaysia

Sumber: Bernama