Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Polis Minta Bantuan Kesan Remaja Orang Asli Hilang

Azizah Najib
remaja hilang
Sumber: BERNAMA

Polis Minta Bantuan Kesan Remaja Orang Asli Hilang

KUANTAN, 8 Julai (Bernama) — Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 17 tahun dilaporkan hilang sejak Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Zukri Muhammad berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Norlelawati Nes pada 9.52 pagi hari ini.

“Remaja itu dilihat kali terakhir di Kampung Orang Asli Sungai Bangkong, Jerantut dengan memakai kemeja-T dan seluar panjang hijau gelap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Remaja itu berkulit sawo matang dan memiliki ketinggian 154 sentimeter serta berbadan sederhana dengan berat 53 kilogram.

Orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut menerusi talian 09-2662222 atau ke balai polis berhampiran.

BACA: LZNK Tawar Tajaan Pengajian Putri Qisya Nur Izzat Sehingga Tingkatan Lima

Sumber: BERNAMA