Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
bekas pelumba negara ditetak
Gambar: BERNAMA

Polis Sahkan Bekas Pelumba Negara Maut Ditetak, Tiga Lelaki Ditahan

Iqbal Yasir

Polis Sahkan Bekas Pelumba Negara Maut Ditetak, Tiga Lelaki Ditahan

KANGAR, 12 Sept (Bernama) — Polis mengesahkan kematian bekas pelumba Moto3 dan Cub Prix negara Elly Idzlianizar Elias disebabkan kecederaan parah akibat ditetak selepas terbabit dalam pergaduhan di sini pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata pihaknya menerima maklumat mengenai pergaduhan telah berlaku di Taman Behor Gonchar Jaya di sini pada 11.13 malam.

Beliau berkata dalam kejadian itu, mangsa berusia 40 tahun dipercayai pergi ke rumah seorang lelaki berusia 51 tahun di Taman Behor Gonchar Jaya, Jalan Dato Ali, Kangar dalam keadaan marah sebelum pergaduhan tercetus.

“Polis menerima maklumat mengenai pergaduhan telah berlaku di Taman Behor Gonchar Jaya pada 11.13 malam, Selasa lepas dengan butiran bekas pelumba negara itu cedera parah dan telah dihantar ke HTF dengan menaiki ambulans.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia lebih kurang 12.01 tengah malam, 11 Sept. Hasil bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (Alor Setar, Kedah) mendapati mangsa maut disebabkan pendarahan teruk akibat luka tetakan berganda sebanyak 12 kesan tetakan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Yusharifuddin berkata susulan itu, polis menahan tiga lelaki berusia 28 hingga 51 tahun dipercayai terbabit dalam pergaduhan itu di beberapa lokasi berasingan sekitar Perlis semalam dan merampas sebilah pedang samurai berukuran 112 sentimeter (cm) dipercayai digunakan dalam pergaduhan berkenaan.

Beliau berkata ketiga-tiga suspek itu dipercayai kawan kepada mangsa dan punca kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham sekali gus menjurus kepada motif pergaduhan sehingga menyebabkan kematian.

BACA: Ramai Terkejut Lepas Dapat Tahu Bayaran Untuk Jemput Dolly Chaiwala

“Polis turut merampas sebuah kereta jenis proton Iriz warna biru dengan keadaan cermin hadapan retak dan terdapat kesan tompokan serta kesan warna merah dipercayai darah.

“Hasil semakan rekod lampau mendapati kesemua suspek mempunyai antara empat hingga 11 rekod lampau melibatkan kes jenayah (seperti) kes cubaan bunuh, ugutan jenayah, khianat dengan api, merusuh menggunakan senjata, curi kenderaan, judi dan dadah,” katanya.

Beliau berkata kesemua suspek ini direman hingga 17 Sept bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Untuk rekod, Elly Idzlianizar mula mencipta nama dalam perlumbaan tempatan Cub Prix dan turut terpilih untuk menyertai program pencarian pelumba atas tiket peluang khas negara untuk beraksi dalam Grand Prix Malaysia pada 2009.

Sumber: BERNAMA