Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Sahkan Insiden Lelaki Kelar Wanita Dipercayai Isteri Di Bukit Gambir

lelaki kelar isteri bukit gambir
Gambar: Bernama

Polis Sahkan Insiden Lelaki Kelar Wanita Dipercayai Isteri Di Bukit Gambir

TANGKAK, 3 Jun (Bernama) — Polis hari ini mengesahkan insiden seorang lelaki mengelar wanita yang dipercayai isterinya di Bukit Gambir, semalam.

Ketua Polis Daerah Tangkak Superintenden Roslan Mohd Talib berkata siasatan lanjut berhubung insiden itu masih dilakukan.

“Suspek telah ditahan pagi tadi dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret untuk permohonan reman esok,” katanya ketika dihubungi di sini.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut berhubung kes itu dan memaklumkan bahawa kenyataan akhbar akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Sumber: BERNAMA

BACA: Kota MADANI Bakal Dibangunkan Di Putrajaya, Selari Dengan Visi Bandar CHASE

BACA: Lelaki Warga Taiwan Maut Terjatuh Di Landasan LRT