Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Polis Siasat Dakwaan Ketua Polis Balai Hantar Mesej Lucah

Nurhanis
dakwaan ketua polis balai
Kredit: BERNAMA

Polis Siasat Dakwaan Ketua Polis Balai Hantar Mesej Lucah

Polis menegaskan siasatan berkenaan dakwaan bahawa seorang ketua polis balai menganggu wanita dengan menghantar mesej berunsur lucah tetap akan diteruskan meskipun setakat ini didapati tidak benar.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan daripada individu terlibat atau wanita berhubung dengan dakwaan tersebut.

“Pada 25 Disember lalu kira-kira jam 1.15 tengah hari telah keluar satu kenyataan di kumpulan aplikasi Telegram berkenaan seorang individu iaitu Ketua Polis Balai telah mengganggu dan menghantar mesej berunsur lucah kepada seorang wanita.

“Siasatan awal mendapati kenyataan yang dikeluarkan itu tidak benar dan disyaki satu tohmahan berniat jahat demi menjatuhkan kredibiliti Ketua Polis Balai serta imej pasukan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jelasnya, pihaknya masih akan menjalankan siasatan bagi mencari kebenaran di sebalik dakwaan tersebut.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut akan diteruskan dari sudut tatatertib dan tindakan tegas akan diambil jika didapati adanya perlanggaran disiplin berlaku.

“Pihak polis menasihati orang awam supaya tidak tularkan isu itu yang mana boleh diambil tindakan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi Multimedia,” katanya.

BACA: Mahasiswa Maut Terjatuh Dari Tingkat 34 Kondominium

Sebelum ini, media melaporkan tindakan seorang pengawal keselamatan yang secara tidak sengaja melepaskan satu das tembakan ke arah lantai di sebuah institusi kewangan di Jalan PJU 5/14, Kota Damansara, Petaling Jaya hari ini menyebabkan cermin di bahagian pintu masuk di situ pecah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata bagaimanapun, kejadian itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Beliau berkata polis menerima pemakluman kes itu pada 10.13 pagi tadi daripada orang awam yang mendengar bunyi tembakan di institusi kewangan itu sebelum sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya ditugaskan ke lokasi.

Sumber: Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson/Facebook

BACA: Polis Tahan Pasangan Kekasih, Disyaki Beri Bayi 16 Bulan Dadah