Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Polis Siasat Dakwaan Konspirasi Jatuhkan Kerajaan, Sabotaj Kestabilan Negara - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan terdapat cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara melibatkan seorang individu berpengaruh tempatan dengan agensi media antarabangsa.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail selepas menerima satu laporan semalam.
Menurutnya, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan / Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan, iaitu dengan apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung, melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
Jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum sehingga 20 tahun, tambahnya lagi.
Kata Mohd Khalid, beliau memaklumkan siasatan masih diteruskan dan masyarakat dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes sementara PDRM melengkapkan siasatan demi menghormati prinsip keadilan jenayah di negara ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.