Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Polis Siasat Insiden Penunggang Motosikal
Gambar via Sinar Harian

Polis Siasat Insiden Penunggang Motosikal Memarahi Pemandu Kereta Di Lorong Kecemasan

Faiz Mustafa

IPOH, 17 Sept (Bernama) — Polis sedang menyiasat insiden sekumpulan penunggang motosikal memarahi pemandu sebuah kereta di lorong kecemasan KM 370 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Sungkai semalam yang tular di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Muallim Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu dan siasatan mendapati pemandu kenderaan utiliti sukan jenis Mazda berumur 34 tahun dari arah Kuala Lumpur menuju ke Ipoh memberhentikan kereta di lorong kecemasan kerana isterinya yang hamil ingin muntah.

“Setelah selesai, pemandu kereta itu bergerak semula di laluan kecemasan dan secara tiba-tiba, sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard dari lorong kiri memasuki lorong kecemasan menyebabkan beliau terperanjat lalu membrek secara mengejut.

“Pada masa sama, sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang melalui lorong itu sempat membrek tetapi dilanggar sebuah lagi motosikal jenis Honda RS150R dan terus terlanggar kereta berkenaan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata selepas itu, sebuah lagi motosikal jenis Benelli RFS150 dari arah belakang melanggar Honda RS150R dan akibatnya, penunggang motosikal terbabit berasa berang serta marah kepada pemandu kereta SUV Mazda yang menggunakan lorong kecemasan tersebut.

Mohd Hasni berkata kesemua penunggang motosikal cedera ringan dan telah menerima rawatan manakala kereta serta motosikal terbabit hanya mengalami kerosakan kecil dan siasatan lanjut sedang diteruskan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59).

Orang ramai dinasihat agar tidak menularkan video berdurasi seminit 11 saat itu sehingga menimbulkan spekulasi.

— BERNAMA