Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kes Memasak Di Sebuah
Kredit: Bernama

Polis Siasat Kes Tular Masak Di Stesen Minyak

Athirah

Polis Siasat Kes Tular Masak Di Stesen Minyak

Polis Diraja Malaysia telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian tular membabitkan sekumpulan pemilik kenderaan melakukan aktiviti memasak di sebuah stesen minyak di Genting Highland baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Supt. Zaiham Mohd Kahar, pihaknya menerima laporan berhubung klip video kejadian berkenaan pada 12.35 tengah hari, semalam.

Hasil siasatan lanjut yang dibuat kemudian mendapati klip video tersebut telah dimuat naik pada 13 Mei dan menjadi tular di platform X.

Klip video berdurasi 50 saat itu menunjukkan tindakan sekumpulan pemilik kenderaan melakukan aktiviti memasak di stesen minyak berkenaan.

“Pihak polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu satu kesalahan menyebabkan kegusaran am kepada orang awam,” katanya.

Selain itu, kes turut disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain.

Ujar Zaiham lagi, mana-mana pihak yang melihat kejadian itu diminta untuk tampil ke balai polis bagi membantu siasatan.

Sementara itu, polis Bentong turut mengambil tindakan tegas dan akan membuat operasi bersepadu di sekitar lokasi stesen minyak berkenaan khususnya pada hujung minggu dan cuti umum.

Hal ini kerana, pihaknya sering mendapat maklumat dan aduan bahawa lokasi berkenaan sering menjadi tumpuan pemilik-pemilik kenderaan untuk berkumpul.

“Mereka turut melakukan aktiviti yang menggangu ketenteraman awam dan pengguna jalanraya lain yang melalui lokasi berkenaan,” jelasnya.

BACA: Tiada Perbincangan UiTM Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid0914ehHxGMEDj8pfNe4Az2kTSV6eiNqHDftsUYTXPpntpyyX7CfZbsp6LEGEUErtyl&id=100064373484633

Sumber: POLIS Bentong via Facebook