Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Polis Siasat Penemuan Mayat Bayi Masih Bertali Pusat Di Rawang

Iqbal Yasir
Mayat Bayi Bertali Pusat
Gambar: Bernama

Polis Siasat Penemuan Mayat Bayi Masih Bertali Pusat Di Rawang

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) — Polis telah membuka siasatan berhubung penemuan mayat bayi perempuan di kawasan pekarangan Surau Al-Hidayah Kampung Melayu di Pekan Rawang, Selangor, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata mayat bayi perempuan yang tiada pengenalan diri itu ditemukan oleh seorang ahli kariah surau berkenaan sebelum memaklumkan kepada pihak polis pada 2.36 petang.

“Bayi yang masih bertali pusat itu lengkap berpakaian baju putih dengan tulisan ‘Pureen’ dan dibalut kain selimut. Mayat bayi tersebut telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Ariffin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Insp Siti Khatijah Ibrahim di talian 010-9073483 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-6126222.

Sumber: BERNAMA

BACA: Kategori Kelayakan & Jumlah Bayaran SARA 2025

BACA: Ini 5 Kisah Mangsa Terselamat Dari Nahas Pesawat

BACA: Terhibur, Lelaki Minta Sunting Gambar Ke Tempat Kerja Biar Lebih Selamat, Tapi Lain Pula Jadinya