Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Siasat Tular Aksi Bahaya Tiga Kanak-Kanak Dalam Kenderaan

IPOH, 24 Mac (Bernama) – Polis sedang menyiasat isu tular menerusi video menunjukkan aksi berbahaya tiga kanak-kanak dalam sebuah kereta dipercayai dirakamkan di Jalan Tambun di sini hari ini.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya mengesan video berdurasi seminit dua saat itu di laman Facebook memaparkan tiga kanak-kanak melakukan aksi berbahaya dengan mengeluarkan kepala daripada sebuah kereta yang sedang bergerak di jalan raya.

“Kejadian disyaki berlaku di Jalan Tambun pada tarikh dan masa yang belum dikenal pasti dan video itu didapati tular di media sosial serta mendapat perhatian masyarakat umum.

“Dalam perkara ini polis daerah Ipoh telah menerima satu laporan mengenai kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata polis kini sedang mengesan individu terlibat dan sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan ASP Yap Siew Cheng di talian 012-9093362 bagi membantu siasatan.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

— BERNAMA