Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Polis Tahan Bapa Tiri, Ibu Disyaki Dera Dua Anak
Polis telah menahan seorang bapa tiri dan ibu kepada dua kanak-kanak masing-masing berusia enam dan tujuh tahun kerana disyaki mendera mereka.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan, memaklumkan bahawa suspek, seorang buruh kontrak, dan isterinya ditahan di Jalan Jabor Kubur, Chukai, kira-kira jam 8 malam pada Sabtu.
Menurut Hanyan, penahanan suspek yang berusia 30 tahun dan isterinya yang berusia 26 tahun itu dibuat berikutan aduan yang diterima daripada seorang individu.
Individu tersebut mendakwa melihat dua kanak-kanak lelaki dan perempuan itu dipukul di hadapan rumah mereka sekitar jam 5 petang pada hari yang sama.
Mengulas lanjut, Hanyan berkata, kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan lanjut.
“Hasil pemeriksaan awal oleh pihak hospital menemukan kesan kecederaan lama dan baharu membabitkan hampir keseluruhan anggota tubuh mereka.
“Mangsa kini masih dirawat di hospital dan akan diletakkan di bawah jagaan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.
Beliau juga menyatakan bahawa kedua-dua bapa tiri dan ibu mangsa akan ditahan reman pada Ahad untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
BACA: Sekolah Runtuh Ketika Peperiksaan, Ragut 21 Nyawa
BACA: Suami Ditahan, Tergamak Cekik Leher & Bunuh Isteri Tengah Sarat Hamil 8 Bulan
BACA: Dua Maut Selepas Donald Trump ‘Ditembak’ Semasa Kempen Di Pennsylvania
Sumber: Sinar Harian