Siakap Keli
suami cekik leher isteri hamil
Kredit: Tribun News

Suami Ditahan, Tergamak Cekik Leher & Bunuh Isteri Tengah Sarat Hamil 8 Bulan

Suami Ditahan, Tergamak Cekik Leher & Bunuh Isteri Tengah Sarat Hamil 8 Bulan

Seorang lelaki di Kota Solok, Sumatera Barat, Indonesia ditangkap pada Rabu ketika bersembunyi setelah membunuh isterinya yang sedang sarat mengandung lapan bulan lapor Tribun News.

Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kota Solok, Inspektor Nanang Saputra berkata, kejadian berkenaan bermula dengan pentengkaran mulut yang berlalu antara suspek dengan mangsa.

Mangsa dikatakan telah meminta suaminya agar berubah sebelum melontarkan kata-kata yang didakwa telah menyinggung perasaan suspek.

Berang dengan kata-kata yang didengarnya, suspek yang hilang pertimbangan bertindak mencekik leher dan menekup muka mangsa dengan bantal hingga meninggal dunia

Berang diminta berubah, suami tergamak cekik leher & tekup muka isteri hamil 8 bulan hingga maut

Kejadian berkenaan dipercayai berlaku kira-kira 2 pagi, pada 8 Julai lepas.

“Suami juga sempat bersetubuh dengan mayat mangsa dan tidur di sebelah jenazahnya” jelas Nanang lagi.

Suspek kemudian membawa isterinya ke hospital keesokan hari dan berpura-pura cemas melihat keadaan mangsa yang sudah tidak bernyawa.

BACA:Mayat Lelaki Ditemukan Terapung Di Perairan Tanjung Tuan

Apabila hospital mengesahkan kematian isterinya, suspek membawa jenazah pulang ke kampung halaman mangsa di Lubuk Buaya, Kota Padang.

Di hadapan keluarga mertua, suspek mendakwa mangsa meninggal dunia akibat sakit. Namun, keluarga mangsa curiga apabila menemui kesan luka dan lebam di anggota badan jenazah ketika dimandikan.

Ekoran itu, keluarga mangsa kemudian melaporkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa yang membawa kepada penangkapan suspek.

BACA: Sekolah Runtuh Ketika Peperiksaan, Ragut 21 Nyawa

Suspek pada mulanya berdalih dan memberitahu bahawa dia tidak tahu punca kematian isterinya.

Namun setelah pihak polis menunjukkan gambar kesan luka dan lebam di badan mangsa yang sempat dirakam ketika proses memandikan jenazah, suspek akhirnya mengakui perbuatannya.

Menurut Tribun News, kes berkenaan kini disiasat di bawah Pasal 338 KHUP yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun jika sabit kesalahan.

BACA: Mangsa Kedua Kes Keropok Beracun, Luth Syauqi Meninggal Dunia

Sumber: Tribun News

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.