Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
luth syauqi meninggal
Kredit: Sinar Harian

Mangsa Kedua Kes Keropok Beracun, Luth Syauqi Meninggal Dunia 

Azizah Najib

Mangsa Kedua Kes Keropok Beracun, Luth Syauqi Meninggal Dunia

Mangsa kedua yang termakan keropok beracun, Muhammad Luth Syauqi, 2, telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 1.20 tengah hari tadi, lapor Sinar Harian.

Berita duka ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi.

Menurutnya, kanak-kanak itu meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Tambahnya lagi, jenazah kanak-kanak tersebut akan dihantar ke Jabatan Forensik HPP untuk dibedah siasat.

BACA: Dua Beradik Kritikal Termakan Keropok Beracun Di Kulim

BACA: Termakan Keropok Beracun: Dua Beradik Masih Tidak Sedarkan Diri

Terdahulu, media melaporkan kedua-dua mangsa berada dalam keadaan kritikal selepas memakan keropok yang dipercayai dicampur dengan racun tikus Ahad lalu.

Makanan ringan berkenaan disangkut di pagar dawai besi kebun berdekatan kediaman mereka. Keropok tersebut dipercayai disangkut untuk menghalau haiwan liar yang mengganggu tanaman jiran mangsa.

Abangnya, Muhammad Akil Syauqi, 3, telah disahkan meninggal dunia pada 8.30 pagi, Rabu.

Susulan kejadian ini, seorang lelaki dipercayai pemilik kebun direman selama enam hari dari 11 hingga 17 Julai bagi membantu siasatan.

Menerusi laporan Sinar Harian sebelum ini, pihak polis juga telah mengambil keterangan lima individu bagi melengkapkan siasatan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh memaklumkan bahawa pihak polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan iaitu kelakuan cuai berkenaan benda beracun.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Seorang Daripada Dua Mangsa Keropok Beracun Meninggal Dunia Hari Ini

BACA: Bantu Siasatan Kes Keropok Beracun, Lelaki Dipercayai Pemilik Kebun Direman