Siakap Keli
mayat lelaki ditemukan terapung
Kredit: APMM Via Bernama

Mayat Lelaki Ditemukan Terapung Di Perairan Tanjung Tuan

Mayat Lelaki Ditemukan Terapung Di Perairan Tanjung Tuan

PORT DICKSON, 12 Julai (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan mengesahkan penemuan satu mayat terapung di sekitar perairan Tanjung Tuan dekat sini petang semalam.

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan Kepten Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata pusat operasi menerima maklumat berkaitan penemuan itu daripada pemancing di kawasan perairan berkenaan.

Susulan itu, bot PERKASA 37 yang sedang dalam operasi diarahkan ke lokasi dan mendapati mayat itu seorang lelaki hanya berseluar panjang di kedudukan 2.2 batu nautika barat daya Tanjung Tuan.

“Mayat tanpa identiti itu dibawa ke Jeti Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata orang ramai mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730.

Sebarang maklumat berkaitan jenayah mahupun kecemasan di laut boleh terus menghubungi pusat operasi maritim atau kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam.

Sumber: BERNAMA

BACA: Pemandu Terbabit Insiden Dihempap Kayu Balak Tiada Lesen Memandu – Polis

BACA: Bantu Siasatan Kes Keropok Beracun, Lelaki Dipercayai Pemilik Kebun Direman

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.