Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Tahan Empat Lelaki Cubaan Samun Juruteknik Di Depan Stesen Minyak

Azizah Najib
cubaan samun juruteknik
Gambar: BERNAMA

Polis Tahan Empat Lelaki Cubaan Samun Juruteknik Di Depan Stesen Minyak

SHAH ALAM, 8 Ogos (Bernama) — Polis menahan empat lelaki warga tempatan disyaki terbabit cubaan samun bersenjatakan kayu di depan sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), Subang Jaya, awal pagi semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata keempat-empat suspek berusia 30 hingga 41 tahun itu ditahan di sekitar Shah Alam dan Klang pada kira-kira 5.30 petang semalam oleh Bahagian Siasatan Khas D9, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.

“Keempat-empat suspek ini mempunyai rekod lampau dalam kes jenayah dan narkotik. Kesemua suspek akan direman hari ini di Mahkamah Shah Alam bagi siasatan lanjut.

BACA: Pengembala Kambing Mengaku Tidak Bersalah Tangkap, Simpan Harimau Kumbang

“Polis percaya kesemua suspek ini adalah individu yang terlibat seperti laporan yang dibuat oleh pengadu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hussein berkata bahawa semasa tangkapan tersebut, sebuah kereta, motosikal, serta enam telefon bimbit turut dirampas.

Semalam, Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat dilaporkan berkata pihaknya sedang memburu empat lelaki disyaki terbabit dalam cubaan samun tersebut dan telah menerima laporan daripada mangsa berusia 37 tahun yang bekerja sebagai juruteknik, pada 1.37 pagi mengenai kejadian itu.

BACA: Bunuh Zulfarhan: Enam Bekas Penuntut UPNM Dijatuhi Hukuman Gantung Sampai Mati

Terdahulu, tular di media sosial sebuah video berdurasi 46 saat yang dirakam oleh kamera papan pemuka kenderaan mangsa memaparkan sebuah kereta dan motosikal menghalang kenderaan mangsa, diikuti beberapa lelaki menyerang mangsa menggunakan kayu sebelum mangsa berjaya melarikan diri.

BACA: Pemandu Terbabit Insiden Dihempap Kayu Balak Tiada Lesen Memandu – Polis

Sumber: BERNAMA