Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Polis Tahan Lelaki Didakwa Pegang Kemaluan, Cium Pipi “Rider” Makanan
Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan selepas dipercayai melakukan gangguan seksual terhadap seorang lagi lelaki yang merupakan pekerja penghantar makanan, lapor Astro Awani.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi berkata, mangsa lelaki berusia 34 tahun mendakwa bahawa suspek telah memegang kemaluannya.
Selain itu, suspek juga didakwa telah bertindak mencium pipi mangsa ketika dia menghantar pesanan makanan di sebuah rumah di Sungkai, pada Selasa lalu.
“Pada 24 Ogos sekitar jam 9.30 malam, pihak Polis Daerah Tapah menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai penghantar makanan.
“Mangsa menyatakan semasa menghantar pesanan makanan di sebuah rumah di kawasan Sungkai, Tapah, mangsa telah dicabul oleh seorang lelaki berusia 57 tahun dengan cara memegang kemaluan dan mencium pipi mangsa.
“Siasatan telah dijalankan dan tangkapan ke atas suspek telah dibuat pada hari sama lebih kurang jam 10.30 malam,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
BACA: Viu Buat Showcase Percuma 31 Ogos, Boleh ‘Meet & Greet’ Artis Termasuk Bunkface & MK K-Clique
Menurut Mohd Naim lagi, suspek bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis pada semalam bersamaan 25 Ogos.
Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan di mana suspek boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun.
Suspek yang didapati bersalah juga boleh didenda atau disebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.
Sumber: Astro Awani