Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Popular Dengan Majalah Ujang, Kartunis Petai Meninggal Dunia

Kartunis yang terkenal dengan nama pena Petai, Roslan Kassim dikhabarkan telah kembali ke Rahmatullah pagi ini.

Menerusi perkongsian warganet Hadi Hilman dalam ‘group’ Facebook Kolektor Kartun Malaysia, arwah didakwa meninggal dunia awal pagi tadi dipercayai kerana sesak nafas.

Selain itu, banyak sumber lain daripada rakan-rakan kartunis, saudara dan orang awam juga memaklumkan perkhabaran duka yang sama.

Sementara itu, individu bernama Yaya Closet yang juga merupakan anak saudara arwah juga memaklumkan perkara sama menerusi satu kenyataan di Facebook.

“Dapat perkhabaran, bapa saudara saya telah meninggal dunia. Al-Fatihah untuk Pak Usu. Mohon beri Al-Fatihah untuk arwah. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan solehah.

“Hilangnya bintang kartunis majalah Ujang..Petai Palooza,” katanya dalam hantaran tersebut, pagi ini.

Gambar: Yaya Closet
Gambar: Kolektor Kartunis Malaysia

Arwah Roslan merupakan salah seorang kartunis yang pernah mewarnai majalah-majalah humor tempatan seperti Ujang dengan menggunakan nama penanya, Petai.

Arwah juga turut menghasilkan komik humornya sendiri dengan berjudul ‘Petai Palooza’.

Salam takziah untuk arwah Roslan Kassim @ Petai. Al-Fatihah.

Sumber: Kolektor Kartun Malaysia / Yaya Closet / Twitter / Zunar